Kad kahwin online

Kad kahwin digital elegan dengan RSVP dalam satu pautan.

Pilih daripada 141 rekaan kad kahwin digital dan sesuaikan nama, tarikh serta lokasi majlis. Semak pratonton sebelum menerbitkan, kemudian kongsi di WhatsApp dan lihat siapa yang hadir melalui RSVP online.

Contoh kad kahwin digital

Pilih gaya tradisional, minimal atau floral. Buka contoh untuk mencuba halaman jemputan dan melihat borang RSVP sebelum memilih rekaan.

Lihat semua rekaan kad kahwin

Ciri-ciri kad kahwin digital anda

Satukan butiran majlis, peta dan RSVP dalam satu pautan. Kongsi melalui WhatsApp, semak siapa yang hadir dan urus senarai tetamu bersama pasangan anda.

Pilih ciri untuk melihat butiran.

  • Editor jemputan yang mudah digunakan

    Mulakan dengan rekaan sedia ada, kemudian sesuaikan butiran, ayat jemputan, warna dan fon. Lihat perubahan dalam pratonton sambil menyunting. Tak perlu mahir mereka bentuk.

  • Tahu siapa yang hadir

    Lihat kehadiran, jumlah tetamu, pihak jemputan dan nota pemakanan dalam satu papan pemuka. Tetapkan had tetamu setiap RSVP, benarkan jawapan “Mungkin” dan biarkan tetamu mengemas kini jawapan.

  • Kongsi di WhatsApp

    Hantar pautan jemputan dalam grup keluarga atau mesej peribadi. Tetamu boleh membuka jemputan dan RSVP tanpa akaun.

  • Rancang senarai tetamu

    Muat turun senarai RSVP, bilangan tetamu dan nota pemakanan dalam CSV untuk susunan tempat dan katering. Disertakan dalam harga.

  • Mudahkan perjalanan tetamu

    Satukan masa, lokasi dan alamat majlis dengan pautan Google Maps dan Waze supaya tetamu mudah mendapatkan arah perjalanan.

  • Tambah gambar anda

    Tambah gambar pilihan anda dalam galeri yang boleh dilayari tetamu pada jemputan. Disertakan dalam harga.

  • Pas majlis Apple Wallet

    Aktifkan pas peribadi untuk tetamu yang mengesahkan kehadiran. Simpan nama, bilangan tetamu, butiran majlis dan kod QR jemputan dalam Apple Wallet.

  • Rancang bersama pasangan atau perancang majlis

    Jemput melalui e-mel. Editor boleh menyunting dan melihat jawapan tetamu; Viewer boleh melihat pratonton dan jumlah RSVP. Semua menggunakan akaun sendiri.

    Cara tambah kolaborator
  • Muzik latar pilihan anda

    Sertakan pautan YouTube supaya tetamu boleh memainkan lagu pilihan anda apabila membuka sampul jemputan.

  • Animasi sampul peribadi

    Sambut tetamu dengan animasi pembukaan sampul. Padankan sampul dengan rekaan jemputan dan tambah gambar setem anda sendiri.

  • Kiraan detik majlis

    Paparkan baki hari, jam dan minit menuju majlis anda dengan kiraan detik yang dikemas kini secara langsung.

  • Salam Kasih · DuitNow QR

    Muat naik kod QR DuitNow peribadi supaya tetamu boleh mengimbas atau menyimpannya untuk mengirim hadiah wang.

  • Simpan dalam kalendar

    Mudahkan tetamu menyimpan tarikh, masa dan lokasi majlis ke Google Calendar atau Apple Calendar terus daripada jemputan.

  • Pilihan bahasa untuk tetamu

    Pilih Bahasa Melayu, Inggeris atau dwibahasa. Untuk jemputan dwibahasa, tetamu boleh memilih bahasa borang RSVP.

  • Ucapan tetamu

    Paparkan ucapan yang dihantar bersama RSVP pada jemputan anda. Pilih sama ada bahagian ucapan ditunjukkan kepada tetamu.

  • Kemas kini selepas diterbitkan

    Ubah rekaan, ayat dan butiran majlis walaupun jemputan sudah dikongsi. Pautan yang sama memaparkan kemas kini selepas disimpan.

  • Pratonton sebelum terbit

    Sediakan draf dan semak pratonton jemputan anda secara percuma. Bayar apabila anda bersedia untuk menerbitkan dan menerima RSVP.

  • Hubungi tuan rumah

    Tambah sehingga dua nama dan nombor kontak supaya tetamu boleh menghubungi orang yang tepat melalui WhatsApp terus daripada jemputan.

Dari kad kahwin online ke senarai tetamu

  1. 01

    Sediakan draf

    Pilih rekaan dan masukkan nama, tarikh, lokasi serta tarikh akhir RSVP. Semak draf sebelum membuat bayaran.

  2. 02

    Pratonton dan terbitkan

    Buka pratonton pada telefon. Bayar sekali apabila anda bersedia menerbitkan kad dan menerima RSVP.

  3. 03

    Kongsi dan semak jawapan

    Hantar pautan melalui WhatsApp. Tetamu membuka kad, melihat peta dan mengesahkan kehadiran tanpa akaun.

Cuba contoh jemputan

Rancang bersama pasangan atau perancang majlis

Jemput melalui e-mel untuk berkongsi majlis dan papan pemuka yang sama. Setiap orang menggunakan akaun sendiri. Kolaborasi tersedia selepas majlis disimpan, termasuk sebelum bayaran.

  • Editor boleh menyunting jemputan dan melihat jawapan tetamu. Simpanan pada jemputan yang diterbitkan terus mengemas kini halaman awam.
  • Viewer boleh melihat pratonton dan jumlah RSVP. Butiran tetamu individu kekal peribadi.
  • Pemilik mengawal bayaran, penerbitan dan akses. Perubahan yang bertindih disemak sebelum disimpan.
Cara tambah kolaborator pada majlis anda

Draf percuma, penerbitan berbayar

Anda boleh menyediakan dan menyemak draf tanpa bayaran. Penerbitan dan kutipan RSVP memerlukan bayaran sekali sebanyak RM49 untuk satu majlis. Kad yang diterbitkan masih boleh dikemas kini menggunakan pautan yang sama.

Harga ini merangkumi sehingga 1,000 jawapan RSVP, galeri gambar, pas Apple Wallet dan eksport CSV. Had ini mengira jawapan RSVP, bukan jumlah orang yang hadir.

Soalan lazim

Boleh saya edit kad kahwin online selepas diterbitkan?

Boleh. Ubah butiran majlis, ayat atau rekaan melalui papan pemuka dan simpan perubahan. Kad yang diterbitkan dikemas kini pada pautan yang sama; semak semula pratonton selepas menyimpan.

Perlu muat turun apps untuk buat kad kahwin digital?

Tidak. Reception.my boleh digunakan melalui pelayar web pada telefon atau komputer. Tetamu juga boleh membuka kad jemputan digital dan menghantar RSVP tanpa memasang aplikasi.

Boleh saya kongsi kad kahwin digital melalui WhatsApp?

Boleh. Setiap jemputan yang diterbitkan mempunyai satu pautan yang direka untuk dibuka terus daripada WhatsApp.

Boleh saya gunakan butiran dan gambar sendiri?

Boleh. Anda boleh menyesuaikan nama, tarikh, lokasi, pautan peta, kata pembuka, dan gambar pilihan.

Adakah tetamu perlu membuka akaun untuk RSVP?

Tidak. Tetamu boleh membuka jemputan dan menghantar RSVP tanpa akaun Reception.my.

Panduan untuk persiapan anda